Saturday, August 20, 2011

I’tikaaf adalah jalan perubahan

Oleh: Faraj Iboutir

Perubahan adalah puncak matlamat bagi individu dan umat, tetapi tertakluk kepada undang-undang Allah SWT dan ketetapan dalam perubahan;

“Bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

Tidak syak lagi bahawa jiwa merupakan penyebab kelemahan umat, kehinaan bangsa, kemunduran jiwa, kelemahan  hati dan kekosongan sanubari daripada akhlak yang mulia dan kualiti kelelakian yang sejati, walaupun bilangan mereka ramai dan sumber dan pendapatan bertambah. Oleh itu, tidak ada penawar semua ini melainkan dengan memulihkan dan membaiki jiwa ini;

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).”  (As-Syam: 9),

dan dengan kesejahteraan jiwa akan mensejahterakan dan membaiki individu, keluarga dan umat secara keseluruhannya.

Iktikaf adalah ‘penawar tarbawi nabawi’ dari nabi tercinta Muhammad saw kepada individu dan umat serentak ..

Pertama: I'tikaaf mengembalikan umat ke masjid yang merupakan tempat yang menghimpunkan kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Di masjid iman semakin bertambah;

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.”  (At-Taubat: 18),

Di dalam masjid akan tercapai perkenalan, persefahaman dan kerjasama antara orang Islam dan rentetan dari itu pelbagai program yang baik dan pembaharuan dalam masyarakat dapat dijalankan sama seperti masjid di dalam era Nabi saw dan khulafa’ Ar-Rasyidin; di mana masjid adalah tempat ibadah dan kepimpinan masyarakat dalam semua aspek kehidupan.

Kedua: Di dalam iktikaf menambahkan perasaan cinta hamba kepada Allah SWT.

Firman Allah bermaksud:

Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)

.. Menurut Ibn al-Qayyim rahimahullah: “10 sebab terjalin kecintaan kepada Allah SWT:

1 - Membaca al-Quran dengan memerhatikan dan memahamkan maknanya.
2 - Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat selepas solat fardu.
3 - Sentiasa berzikir atau mengingati Allah dalam semua keadaan.
4 - Mengutamakan kecintaan kepada Allah mengatasi kecintaan anda kepada dorongan hawa nafsu.
5 – Sentiasa mengulangkaji nama-nama dan sifat-sifat Allah, dan mengkaji dan menambahkan pengetahuan tentang Allah.
6 - Melihat kebaikan, belas ihsan dan ketinggianNya.
7 - Melembutkan hati yang keras di tangan Tuhan
8 – Bersendirian dengan Allah waktu sahur.
9 – Dududk bersama orang-orang yang benar-benar cinta dengan jujur dan tulus.
10 -  Menjauhkan perkara yang menyebabkan pemisahan antara hati dan Allah Maha Kuasa. (Tahzib Madarij as-Salikin)

Ketiga: I'tikaaf menjinakkan dan menenangkan hati dengan Allah.

Firman Allah bermaksud:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”  (Al-Baqarah: 186),

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”  (Ar-Ra’d: 28).

Menurut Imam Ibn Qayyim rahimahullah: “Kejinakan terhasil daripada ketaatan dan kecintaan.” Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: “Kasih sayang Allah akan turun pada detik-detik malam yang mahal. Justeru, janganlah waktu ini ‘dimurahkan’ dengan kealpaan dan kelalaian.”

Keempat: Dalam i'tikaaf adalah taman-taman Syurga

Diriwayatkan dalam al-Musnad dan lain-lain dari Jabir ra bahawa dia berkata: Rasulullah telah keluar menemui kami dan bersabda (bemaksud): “Wahai manusia, singgahlah di taman-taman syurga. Kami bertanya: “ Wahai Rasulullah, apakah taman syurga itu?” Baginda menjawab: “Majlis-majlis zikir.”

Kelima: I'tikaaf suatu penghijrahan rohani dan psikologi yang besar kepada Tuhan Pencipta, Pemilik dan Pengatur.

Iktikaf adalah penghijrahan untuk bertaubat nasuha, mentauhidkan Allah dan membesihkanNya dari syirik, dan kembali kepada kasih sayang, ketakutan, harapan, dan perhambaan yang sebenar kepada Allah. Semua ini mendatangkan kebahagiaan dan kehidupan yang baik kepada individu, keluarga dan umat Islam .. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".  (Al-Baqarah: 38),

“Maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”  (Taha: 123).

Ya Allah, bantulah kami melakukan iktikaf dan menghidupkan Sunnah Nabi saw. Jadikanlah iktikaf ini suatu kebaikan untuk kami dan umat kami .. Ya Allah, amin. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kami dan amalan anda. Semoga sepanjang tahun anda lebih dekat kepada Allah dan sentiasa mematuhi perintah-Nya. 

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top