Saturday, March 17, 2012

Beberapa panduan bekerja dalam masyarakat

Oleh: Ahmed Salah

Jika kerja kemasyarakatan merupakan salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada kita selepas revolusi, maka Allah telah menetapkan dengan nikmat ini untuk memberi kebebasan bersuara dan bertindak kepada golongan yang selama ini ditindas, dan membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk menjalankan pelbagai aktivitisme, serta membolehkan para pendakwah berinteraksi dengan orang ramai pada setiap masa dan di mana-mana, tanpa sebarang sekatan dan kekangan. Walaubagaimanapun dengan semua keistimewaan ini, kerja-kerja kemasyarakatan tidak terlepas daripada bahaya yang tersembunyi, kerana kadang-kadang boleh menjangkiti orang yang menjalankannya dengan kesan-kesan negatif yang mendalam jika tidak diberi perhatian awal dan jika tidak mengetahui tabiat kerja kemasyarakatan dan ciri-cirinya.

Ciri-ciri kerja-kerja kemasyarakatan

Pertama: Ianya adalah aktivisme yang mahu mencapai matlamat, yang menghendaki sesebuah organisasi, parti-parti politik dan aktivis dakwah untuk berjalan pada setiap tujuan dengan penuh semangat dan tidak pernah puas. Dalam pada itu, mereka berasa ragu bahawa mereka boleh mengetuk setiap pintu, berjaya dalam setiap bidang dan menutup semua kekosongan, terutama apabila ia datang selepas keadaan pemencilan sosial hampir berjaya, di bawah tekanan keselamatan yang amat berat, yang telah menyebabkan semua orang berputus asa akibat disia-siakan tenaga, dipadamkan semangat dan dibekukan keupayaan dan kemahiran.

Kedua: Ianya adalah aktivisme yang berada di bawah tekanan kerana kepercayaan masyarakat sangat besar kepada orang yang memberi mereka kepercayaan, iaitu dengan memberikan undi melalui peti undi. Harapan mereka besar untuk melihat perubahan yang sesuai. Jika jal ini tidak berlaku, maka kepercayaan mereka bertukar kepada kemarahan dan harapan kembali kabur sehingga menimbulkan kekecewaan yang baru.

Tambahan pula situasi yang berlaku bahawa harapan mereka terus tidak cukup hanya mahukan keinginan mereka tercapai, malah ianya dicapai dengan cepat, seiring  dengan saiz perubahan yang berlaku di peringkat politik selepas revolusi.

Ketiga: Ianya adalah aktivisme yang serius dan bersungguh-sungguh, memerlukan tenaga aktivis yang besar untuk bekerja berjam-jam lamanya. Tenaga aktivis ini mesti mempunyai muwasofat (criteria) minimum dari segi akhlak, intelektual dan kemahiran supaya mereka berperanan dalam masyarakat dengan berjaya dan berkesan tanpa berlaku sebarang masalah yang besar.

Jika jumlah kerja bertambah sehingga tidak mampu ditampung oleh tenaga aktivis, atau tenaga aktivis tidak mampu mengeksploitasi peluang kerja dengan baik, hasilnya secara  semulajadi kurang memberangsangkan dan berlaku bermacam masalah.

Keempat: Ianya adalah aktivisme yang membeban, kerana termasuk dalam ciri kedua secara semulajadi dan tidak dapat dielakkan dalam persamaan dengan ciri yang pertama; diibarat dengan: Aktivisme yang banyak + tekanan orang + usaha yang besar, yang merupakan tulang belakang mana-mana aktivisme. Tulang belakang dakwah seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna dalam satu kupasan yang ringkas dan tepat, kerana tanpanya menjadikan idea atau teori sekadar dakwat di atas kertas, dan segala-galanya berubah sekadar ucapan semata-mata.

Atas sebab itu, seperti mana Dr Saad Katatni suka untuk mengulangi kata-kata anggota parlimen di dewan rakyat, merujuk kepada tuntutan dan cadangan penyelesaian. Saya mencadangkan supaya kita mengenal pasti kerja-kerja kemasyarakatan sebagai rangka kerja dan syarat yang tidak boleh terkeluar darinya. Saya mencadangkan antara perkara yang perlu dikenal pasti ialah:

1 - Mengenalpasti keutamaan:

Saya maksudkan keutamaan di sini ialah keutamaan yang dikenal pasti oleh masyarakat dari sudut pandangan mereka, bukan dari sudut pandangan kita. Keutamaan yang dilihat oleh masyarakat adalah yang benar-benar terdesak mengikut keperluan yang berpunca daripada masalah kehidupan seharian dan juga pengetahuan. Bukan mengikut matlamat kita dan strategi kita. Tanpa mengenal pasti keutamaan dengan cara ini, kita akan menjalankan kerja dengan lebih berat. Tetapi sebenarnya kita melangkah atau melalui jalan yang lain atau jalan yang sebaliknya bersama orang ramai. Kemudian, mereka akan melihat kita dengan penuh kehairanan dan mengejutkan, Bahkan kita terus meyakinkan orang bahawa kita telah lakukan ini dan lakukan itu. Namun, orang akan menolaknya dengan berkata anda telah lakukan tidak seperti yang kami mahukan dari anda dan anda tidak tahu apa yang kami mahukan dari anda. Dengan sebab itu, kita telah bekerja keras  untuk menjauhkan orang daripada kita bukan mendekatkan mereka kepada kita.

Justeru, kita tidak perlulah tunduk kepada godaan kerja-kerja kemasyarakatan dan kita hendaklah mengenal pasti bidang-bidang paling penting bagi masyarakat. Janganlah mencari bidang-bidang lain, melainkan kita yakin bahawa kita dapat mencapai dengan cara yang mulia.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Kerana orang yang telah hilang kekuatannya itu, tiada upaya memutus bumi dan tiada pula kendaraan tunggangannya.”(HR. al-Bazzar dan al-Hakim)

Jika kita tidak lakukan demikian, kita boleh menjangkakan ‘kredit’ kita akan menurun pada masyarakat, selagi kita jauh dari keperluan asas mereka.

Dari segi sejarah, keadaan ini telah berlaku dalam pilihan raya Pakistan; di mana gerakan Islam menang dengan 118 kerusi pada awal pilihan raya sah yang bebas, tetapi apabila membebankan dirinya sesuatu yang lebih berat daripada kemampuannya, maka keputusannya dalam pilihan raya berikutnya hanya menang sebanyak 40 kerusi sahaja.

Saya berpendapat bahawa keutamaan masyarakat yang paling penting masa kini ialah menyelesaikan masalah ekonomi (Cadangan: Mengambil bahagian dalam menyelesaikan krisis paip, menyelesaikan krisis roti, mendirikan pasar kebajikan).

Firman Allah SWT bermaksud:

“Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.” (Quraisy: 4).

Kemudian masalah pendidikan. Oleh itu, marilah kita mengutamakan dalam fikiran dan usaha kita untuk kedua-dua bidang ini. Kemudian secara beransur-ansur kita menarik balik kepada bidang lain yang kita mahukan sesuai dengan kemampuaan yang ada.

2 – Membuka saluran komunikasi dengan orang ramai:

Tekanan orang kepada kita akan menjadi mudah selepas kita mengenal pasti keutamaan, dan akan lebih memudahkan jika kita telah ada jawapan yang jelas dan logik tentang kerja-kerja yang kita tidak mampu capai dan menjelaskan tentang masalah yang kita temui melalui media massa yang menjadi perantaraan khusus untuk semua (Saya cadangkan ucapan setiap dua minggu atau 1 bulan dari pimpinan parti, melalui laman"Facebook" atau laman "YouTube". Ucapan ini menerangkan usaha-usaha kita, masalah-masalah yang kita hadapi, meminta cadangan penyelesaian, penyertaan dan bantuan jika boleh). Saya percaya bahawa lama ke lamaan tekanan orang akan menjadi lebih mudah.

3 – Menyusun dan menyelaraskan tenaga individu yang bekerja dengan baik:

Jepun jauh mengatasi negara-negara Arab dan Eropah walaupun mempunyai sumber yang terbatas berbanding dengan yang lain; di mana Jepun telah mengeksploitasi sumber-sumber yang ada dengan begitu baik. Oleh itu, Jepun lebih baik daripada Negara-negara lain yang mempunyai sumber yang lebih besar tetapi tidak mampu menggunakannya dengan baik.

Di era terbuka dalam kerja-kerja social sekarang, telah berlaku peningkatan berganda dalam kerja-kerja sukarela dan juga minat yang bertambah untuk menyertai parti. Kebanyakan orang-orang ini begitu berminat untuk bekerja dan menyumbang bakti. Jika mereka tidak agihkan tugas dengan baik akan menyebabkan mereka berpecah-pecah. Kemudian mereka tidak berpeluang menyumbangkan tenaga kerana hanya mengikut. Dengan itu akan melemahkan pencapaian.

Penggunaan tenaga secara maksima datang setelah mengenal pasti matlamat dengan tepat, kemudian menentukan tanggungjawab kepada para aktivis dan penggerak, kemudian meningkatkan kecekapan dan kemahiran dan akhirnya memotivasikan untuk bekerja melalui susulan dan galakan.

4 - Pengembangan sumber:

Saya mencadangkan satu jawatankuasa khas untuk pengembangan sumber. Manakala aktiviti bantuan tidak seharusnya menjadi strategi yang tetap dan tidak berubah, serta kita cuba menambahkan aktiviti-aktiviti dari aspek material, kerana bantuan yang berterusan untuk semua aktiviti akan menghabiskan sumber dan mengurangkan kemampuan untuk meneruskan kerja disamping ianya akan menghadkan kualiti kerja.

Perhatian:

5 – Janganlah berjanji kepada orang dengan sesuatu yang tidak dirancang untuknya. Bila anda telah berjanji, anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan janji itu. Namun bila anda tidak dapat melaksanakannya, mohon maaflah kepada mereka dan jelaskan usaha yang telah anda lakukan dan masalah yang anda hadapi. Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah r.a bermaksud:

“Tanda-tanda munafik itu ada tiga: Jika berkata dia akan berdusta, jika berjanji dia akan memungkirinya dan jika diberi amanah dia akan khianat.” (HR. Bukhari)


6 – Jawatankuasa kerja hendaklah mengenal pasti matlamat dengan teliti, meletakkan  cara mencapai matlamat ini dengan jelas dan boleh dicapai, kemudian meletakkannya di dalam tempoh masa yang sesuai.

7 – Hendaklah mengemukakannya dengan tenang hingga dapat menemui jalan dan mengetahui risikonya, kerana kebanyakan aktiviti-aktiviti sekarang adalah baru kepada kita dan kita tidak mempunyai banyak pengalaman tentangnya. Kita tidak mengumumkan sesuatu  aktiviti atau tindakan melainkan setelah ada alatannya.

8 – Aktivis sukarelawan kadang-kadang bersemangat dan kurang berkemampuan, atau kadang-kadang bersemangat dan berkemampuan, tetapi mereka tiada pengalaman dengan asas amal jamaie (kerja-kerja berkumpulan). Oleh itu, kenali apakah kekurangan kepada aktivis sukarelawan dan cubalah untuk melengkapkannya.

9 – Kerja-kerja kemasyarakatan adalah aktivitisme terbuka, tidak perlu untuk menunjukkan bahawa anda menyembunyikan rahsia atau menceritakan aktivitisme anda dengan kabur sehingga menimbulkan persoalan sampingan. Oleh itu, nyatakanlah dengan jelas dan telus.

10 – Menimbangkan pandangan semua orang dan membincangkannya dengan serius. Jalankanlah cadangan mereka jika telah dipersetujui hingga mereka merasai anda meminta mereka supaya membantu dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat melalui nilai-nilai Islam yang hebat.

11 - Jika anda tidak mempunyai visi yang jelas dan meyakinkan tentang kerja-kerja  aktivisme, tentu semangat akan berkurang setelah beberapa waktu sementara pengalaman dan tenaga akan lari satu demi satu.

12 – Kerja-kerja aktivisme bagi setiap tempoh mestilah berjaya mencapai matlamat yang dapat dilihat supaya dapat membaharui semangat dan semua orang bercita-cita untuk melakukan pencapaian yang baru.

13 – Masyarakat boleh memaafkan orang yang bekerja keras untuk mencapai kejayaan walaupun tidak berjaya, tetapi mereka tidak akan bertolak ansur terhadap orang yang malas atau lalai dari menjalankan khidmatnya. Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):

Kebajikan itu tak kan pernah usang” (HR. Abdul Razzaq dan Baihaqi)

Kerja-kerja kemasyarakatan hanya sekadar satu mimpi selama mana kita hanya berangan-angan. Saya percaya bahawa kejayaan tentangnya berkait rapat dengan perkara yang perlu dikenal pasti dan diberi perhatian seperti di atas. Tanpanya mungkin mimpi ini akan bertukar menjadi mimpi ngeri.


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan

Sila berikan komen anda

 
© 2011 Zadud-Duat | 2012 Templates
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top